Tempat-tempat menarik

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU


1. PULAU KAPAS


Pulau Kapas di Marang, Terengganu ini cukup terkenal dengan pasirnya yang memutih serta air lautnya yang jernih.


2. TASEK KENYIR


Tasik Kenyir yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Antara tarikan ada di sini adalah Kenyir Waterpark, Taman Santuari Kelah, Air Terjun Langsir, Kenyir Elephant Village (KEV) dan banyak lagi.



3.MUZIUM TERENGGANU


Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia.


4. PASAR PAYANG


Mahu bawa pulang cenderahati dari Terengganu atau ingin mencari batik untuk pakaian pejabat? Pasar Payang mungkin tempat yang paling sesuai membelinya.



5. MASJID TERAPUNG TERENGGANU


Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan yang menarik di terengganu