Makanan yang menarik di terengganu

MAKANAN MENARIK DI TERENGGANU


1.Nasi Briyani Sedap bersama Ayam Goreng Panas-panas di Asfar Beryani, Kertih.


Nasi Briyani bersama Ayam Goreng Panas merupakan menu paling tinggi permintaannya di sini. Kerangupan ayam dengan rempah istimewa memang berbeza daripada tempat lain. Kami juga mencuba menu ayam masak merah. Nampak pedas tetapi tidaklah sepedas seperti yang disangka. Ada rasa manis-manis juga.
Kuah Dalca pula mengandungi isi ayam & sayuran lain seperti terung, timun & kacang panjang, memang kombinasi yang menarik untuk dimakan bersama nasi beryani. Harga untuk set ini hanyalah RM12.00

2.Restoran Zul Ikan Bakar. Ikan Bakar sedap dengan harga terbaik di Besut, Terengganu
harga ikan bakar
Antara jenis ikan yang ada di sini ialah kerapu, siakap, ikan cermin, aji-aji, ikan merah, ikan tanda dan banyak lagi. Selain itu, sotong, udang atau ketam juga disediakan untuk menu yang sama iaitu bakar berempah.
Pengunjung juga boleh memesan sotong celup tepungikan celup tepung atau udang celup tepung yang dijual dengan harga hanya RM10 sepinggan. Tepung yang digunakan adalah adunan rahsia, sangat rangup dan sedap.

3. Satay Sedap di Kuala Terengganu. Syed Stulang Seafood
Sate Sedap di Bukit Tok Beng Kuala Terengganu 2
Satay di sini memang betul sedap dan besar-besar saiznya. Jika diperhatikan pada warna satay ayam ni kami boleh teka yang ianya dibakar bersama kuah satay atau ada kuah lain selain dari perapan sate itu sendiri. Pelik bila dengar tapi sedap. Kuah dia pun sedap dan pekat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tempat-tempat menarik